Nama Kumpulan BMM ( D )
- Nor Hisham bin Ajib
- Nor Azzila bt Johan
- Jafizah bt Dali
PENDAHULUAN
•
Nik
Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa
dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria,
antaranya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem,
kriteria sintaksis, dan kriteria semantik.
•
Tatabahasa
Dewan – kata digolongkan kepada 4 kategori
1. kata nama
2. kata kerja
3. kata adjektif
4. kata tugas.
•
Za’ba
(1965) : nama - semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya -
definisi itu diluaskan dengan meliputi apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan
tidak dapat dipandang atau dipegang seperti akal, fikiran, kekuatan dan
sebagainya.
•
Abdullah Hassan (2003) : kata nama - kata yang menunjukkan
nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
•
Lutfi Abas (1971) : kata nama - kata yang terletak selepas
bilangan atau bilangan serta penjodoh bilangan.
•
Kata
nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,
institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat.
•
Kata
kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa
kerja.
•
Frasa
kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain
seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan (Nik
Safiah Karim et.al, 1996).
•
Za’ba
(1965) : kata kerja - perbuatan.
•
Za’ba
menyatakan, jika kita menyebut fasal membuat atau mengerjakan sesuatu perbuatan
terpaksalah memakai perkataan yang dinamakan ‘perbuatan’, kerana ialah sebutan
bagi menyatakan perbuatan itu.
Ayat- ayat contoh.
1. Kasut
sekolah Amir belum berbasuh.
2. Pintu
rumah itu terbuka sejak pagi tadi.
3. Adik
menolak pasu bunga itu ke tengah meja.
4. Zainuddin mendahului peserta lain dalam acara lumba lari.
5. pengadil membatalkan jaringan itu.
6. Nenek menganyam tikar mengkuang di ruang tamu.
7. Puan Zaida membubuh ubat luka pada lutut anaknya.
8. Kami bertiga pergi ke pasar dengan berjalan kaki.
9. Rezal sedang menonton televisyan bersama keluarganya di
ruang tamu.
10 .Kumpulan pengembara muda itu terpaksa mendaki bukit
untuk sampai ke kawasan perkhemahan.
11 .Adik membantu ibunya mencuci pinggan.
12 .Faris dan sepunya bermain layang-layang di padang
sekolah.
13 .Pada minggu hadapan, Menteri Pelajaran akan melancarkan
kempen Sekolah Penyanyang di sekolah ini
•
Kata Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah
kata yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah
lama sungguh, masih lebat lagi.
• Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu
nama atau frasa nama.
• Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata
penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
• Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk
secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.
Ayat-ayat contoh Kata
Adjektif.
1. Kulit kakak kelihatan cerah.
2. Adik bongsu begitu bijak, soalan matematik itu dapat
diselesaikan dalam beberapa saat sahaja.
3. Payung itu berwarna putih.
4. Rumput di padang permainan itu kelihatan panjang.
5. Tisu itu sangat nipis.
6. Ayah sempat berbual dengan jiran sebentar sahaja.
7. Rumah Salim terlalu hampir dengan tebing sungai.
8. Kedudukan rumah setinggan begitu rapat antara satu sama
lain.
9. Pinggan yang leper itu tidak dapat menampung kuah yang
dimasukkan ke dalamnya.
10. Bola keranjang berbentuk bulat.
11. Gadis itu sangat lincah
12. Permukaan lantai itu kesat
13. Abang berasa geram akan tindakan kakak yang terburu-buru.
14. Emak rindu akan abang yang telah lama merantau di bandar.
• Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir
dalam ayat, klausa, atau frasa
• Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik
predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif.
• Kata tugas mempunyai tugas-tugas
tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat.
• Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas
dapat dikelompokkan kepada
1. kata penyambung ayat
2. kata
praklausa
3. kata
prafrasa
4. kata pascakata
Kata Hubung Gabungan
1.
Adam
dan Riza berkawan baik sejak tadika lagi.
2.
Abang
mencuci kereta sambil menyanyi.
Kata
Hubung Perancang Relatif
1.
Sempena
hari ulang tahun perkahwinan yang ke -16, ayah membeli sebuah kereta.
Kata
Hubung Perancang Komplemen
1.
Aida
menyatakan bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.
2.
Pak
Daud melakukan pelbagai kerja untuk
menyara keluarganya.
Kata Seru
1.
Hai, sudah lama kita
tidak bertemu!
2.
Amboi, istimewanya
hidangan tengah hari ini !
Kata Tanya
1.
Apakah yang telah
berlaku semalam?
2.
Siapakah
yang menghantar makanan ini ?
Kata Perintah
1.
Jemput masuk ke dalam
rumah. Semua rakan kita sudah ada.
2.
Minta perhatian,hadirin
diberi masa rehat selama 15 minit.
3.
Sila dapatkan borang
penyertaan di kaunter pendaftaran.
4.
Tolong ambil buku di
atas meja itu.
5.
Usah kamu mengungkit
perkara yang sudah berlalu.
Kata Pembenar
1.
Benar, dialah guru saya.
2.
Ya, tetap jawapan kamu
Kata Pangkal Ayat
1.
Hatta beberapa lamanya,
permaisuri pun selamat melahirkan puteri.
2.
Maka perompak-perompak
itu pun keluarlah dari tempat persembunyian mereka
Kata Bantu
1.
Rozi mahu membalut
hadiah itu sekarang.
2.
Kamu
harus mematuhi arahan guru.
Kata Penguat
1.
Indah nian rumah banglo
yang dibeli oleh usahawan terkenal itu.
2.
Cuaca
pada hari ini sangat baik.
Kata Penegas
1.
Apatah lagi yang
difkirkan oleh ibu.
2.
Setelah
berjam-jam berbual, mereka pun bersurai.
Kata Nafi
1.
Abang Sudin bukan
sombong tetapi pendiam.
2.
Kenyataan
pemuda itu tidak benar sama sekali.
Kata Pemeri
1.
Sufiah ialah anak bongsu
Tok Penghulu Muda.
2.
Hadiah
itu adalah daripada ibu.
No comments:
Post a Comment