Monday 6 August 2012

Golongan Kata

Nama Kumpulan BMM ( D )
  1. Nor Hisham bin Ajib
  2. Nor Azzila bt Johan
  3. Jafizah bt Dali


 PENDAHULUAN

      Nik Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, antaranya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik.

      Tatabahasa Dewan – kata digolongkan kepada 4 kategori
          1.      kata nama
          2.      kata kerja
          3.      kata adjektif
          4.      kata tugas.

 

      Za’ba (1965) : nama - semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya - definisi itu diluaskan dengan meliputi apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti akal, fikiran, kekuatan dan sebagainya.

      Abdullah Hassan (2003) : kata nama - kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
      Lutfi Abas (1971) : kata nama - kata yang terletak selepas bilangan atau bilangan serta penjodoh bilangan.

      Kata nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. 








 
      Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
      Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan (Nik Safiah Karim et.al, 1996).
      Za’ba (1965) : kata kerja - perbuatan.
      Za’ba menyatakan, jika kita menyebut fasal membuat atau mengerjakan sesuatu perbuatan terpaksalah memakai perkataan yang dinamakan ‘perbuatan’, kerana ialah sebutan bagi menyatakan perbuatan itu.







Ayat- ayat contoh.
1.   Kasut sekolah Amir belum berbasuh.
2.   Pintu rumah itu terbuka  sejak pagi tadi.
3.   Adik menolak pasu bunga itu ke tengah meja.
4.   Zainuddin mendahului peserta lain dalam acara lumba lari.
5.   pengadil membatalkan jaringan itu.
6.   Nenek menganyam tikar mengkuang di ruang tamu.
7.   Puan Zaida membubuh ubat luka pada lutut anaknya.
8.   Kami bertiga pergi ke pasar dengan berjalan kaki.
9.   Rezal sedang menonton televisyan bersama keluarganya di ruang tamu.
10 .Kumpulan pengembara muda itu terpaksa mendaki bukit untuk sampai ke kawasan perkhemahan.
11 .Adik membantu ibunya mencuci pinggan.
12 .Faris dan sepunya bermain layang-layang di padang sekolah.
13 .Pada minggu hadapan, Menteri Pelajaran akan melancarkan kempen Sekolah Penyanyang di sekolah ini





      Kata Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
      Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
      Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
      Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.

Ayat-ayat contoh Kata Adjektif.
1.   Kulit kakak kelihatan cerah.
2.   Adik bongsu begitu bijak, soalan matematik itu dapat diselesaikan dalam beberapa saat sahaja.
3.   Payung itu berwarna putih.
4.   Rumput di padang permainan itu kelihatan panjang.
5.   Tisu itu sangat nipis.
6.   Ayah sempat berbual dengan jiran sebentar sahaja.
7.   Rumah Salim terlalu hampir dengan tebing sungai.
8.   Kedudukan rumah setinggan begitu rapat antara satu sama lain.
9.   Pinggan yang leper itu tidak dapat menampung kuah yang dimasukkan ke dalamnya.
10.   Bola keranjang berbentuk bulat.
11.   Gadis itu sangat lincah
12.   Permukaan lantai itu kesat
13.   Abang berasa geram akan tindakan kakak yang terburu-buru.
14.   Emak rindu akan abang yang telah lama merantau di bandar.




      Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa
      Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif.
      Kata tugas mempunyai  tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat.
      Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada
              1.  kata penyambung ayat
              2.  kata praklausa
              3.  kata prafrasa
          4.      kata pascakata




Kata Hubung Gabungan

1.   Adam dan Riza berkawan baik sejak tadika lagi.
2.   Abang mencuci kereta sambil menyanyi.

Kata Hubung Perancang Relatif

1.   Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke -16, ayah membeli sebuah kereta.

Kata Hubung Perancang Komplemen

1.   Aida menyatakan bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.
2.   Pak Daud  melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarganya.

Kata Seru

1.   Hai, sudah lama kita tidak bertemu!
2.   Amboi, istimewanya hidangan tengah hari ini !

Kata Tanya

1.   Apakah yang telah berlaku semalam?
2.   Siapakah yang menghantar makanan ini ?

Kata Perintah

1.   Jemput masuk ke dalam rumah. Semua rakan kita sudah ada.
2.   Minta perhatian,hadirin diberi masa rehat selama 15 minit.
3.   Sila dapatkan borang penyertaan  di kaunter pendaftaran.
4.   Tolong ambil buku di atas meja itu.
5.   Usah kamu mengungkit perkara yang sudah berlalu.
 
Kata Pembenar

1.   Benar, dialah guru saya.
2.   Ya, tetap jawapan kamu

Kata Pangkal Ayat

1.   Hatta beberapa lamanya, permaisuri pun selamat melahirkan puteri.
2.   Maka perompak-perompak itu pun keluarlah dari tempat persembunyian mereka

Kata Bantu

1.   Rozi mahu membalut hadiah itu sekarang.
2.   Kamu harus mematuhi arahan guru.

Kata Penguat

1.   Indah nian rumah banglo yang dibeli oleh usahawan terkenal itu.
2.   Cuaca pada hari ini sangat baik.

Kata Penegas

1.   Apatah lagi yang difkirkan oleh ibu.
2.   Setelah berjam-jam berbual, mereka pun bersurai.

Kata Nafi

1.   Abang Sudin bukan sombong tetapi pendiam.
2.   Kenyataan pemuda itu tidak benar sama sekali.

Kata Pemeri

1.   Sufiah ialah anak bongsu Tok Penghulu Muda.
2.   Hadiah itu adalah daripada ibu.